Halaman

31 Januari, 2010

Akiviti Sinar Pintar Zon Sandakan

Membaca cerita tajuk Musang Makan Ayam



Perjumpaan Pertama(Aktiviti Pertama)

Tarikh : 30 Jan 2010 Sabtu

Masa : 9.20 - 11.20 Pagi

Tempat : Perpustakaan Wilayah Sandakan

Mentor : Puan Sharifah Arif
Ahli :
01. Mohd Qayas Nur Syafwan          - 10 tahun
02. Nuur Syafiqah Syuraih Shal         - 07 tahun
03. Siti Wawana Hamsani                  - 12 tahun
04. Siti Hajirah Hamsani                     - 09 tahun
05. Siti Amira Hamsani                       -10 tahun
06. Moha Affendie Amat                   -14 tahun
07. Mohd Saidyle Mohd Said            -14 tahun
08. Azmi Abdul Sali                          -14 tahun
09. Rasiman Roslan                          -12 tahun
10. Atika Mohammad                        -12 tahun
11. Ursula Maria Ningsi                     -12 tahun
12. Hew Yee Harn                           -10 tahun





TEMA : JOM MEMBCA

AKTIVITI:

1. Pengenalan Sinar Pintar
2. Suaikenal antara Mentor dengan Ahli
3. Membaca Bersambung-sambung
  
Tajuk cerita : Pinggang kerengga Ramping
                      : Musang Makan Ayam


4. Melukis  Logo Kelab Membaca Sinar Pintar
5. Menyanyi
6. Hidangan makanan ringan
7. Acara Penangguhan.




01. Pengenalan Sinar Pintar kepada semua Ahli, kebaikan dan menafaat yang diperolehi, kumpulan sasar dan peringkat umur Ahli dari 4 -18 tahun, Objektif Kelab Membaca Sinar Pintar  untuk  jangka panjang.


02.Mentor memperkenalkan diri kepada ahli-ahli Sinar Pintar dan merekodkan butir-butir  penting seperti no.telepon,nama sebagai rujukan ahli. kemudian semua Ahli Sinar Pintar perkenalkan diri masing-masing kepada semua yang hadir.Catatan kehadiran telah diambil untuk rekod.
Seterusnya semua Ahli di minta menceritakan buku-buku yang pernah di baca oleh mereka. Mentor bertanya apakah jenis cerita yang telah mereka baca adakah unsur  ganas,lucu ,sedih dan moral cerita tersebut.Seorang demi seorang menceritakan  pengalaman meraka semasa membaca buku.


03. Mentor menagih-agihkan buku cerita berkenaan asal usul binatang:
      Tajuk Cerita : Pinggang Kerengga Ramping
                          : Muasang Makan Ayam

Ahli di minta membaca cerita bersambung-sambung,setelah itu ahli  melakonkan watak dan suara binatang  yang terdapat dalam cerita tersebut.


04. Ahli-ahli diminta melukis Logo Sinar Pintar.


05. Ahli dan Mentor menyanyi bersama-sama.


06. Hidangan makanan ringan untuk ahli-ahli


07. Acara Penangguhan
Tarikh dan tempat perjumpaan kedua akan diberitahu kelak.
     


Foto Aktiviti :



Melukis Logo Sinar Pintar


Membaca Bersambung-sambung tajuk cerita Pinggang Kerangga Ramping.

30 Januari, 2010

Bengkel Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar (KMSP) Peringkat daerah Beaufort



Gambar kenangan  kakitangan Perpustakaan Negeri Sabah yang telah mengikuti Bengkal Mentor Kelab Membaca Sinar Pintar(KMSP) peringkat Daerah Beaufort yang diadakan pada 04 November 2009 di Dewan Serbaguna Hotel Jasaria Beaufort.
Kelihatan duduk di barisan hadapan Timbalan Pengarah Puan Maria Sinti, Puan Esther V. Mobilik, Encik Uming dan Tuan Uthaya Sangkar SB