Halaman

06 Mac, 2010

Ativiti Kelab Membaca Sinar Pintar(KMSP)


Bercerita bersambung-sambung
Aktiviti : Kedua ( Bulan Feb)
Tarikh   : 20 Feb, 2010
Masa    : 10-12.00 Tgh
Tempat : Bilik Sesi Bercerita Perustakaan Wialayah Sandakan
Mentor : Puan Sharifah Arif
             : Encik Amir Anuar

Kehadiran :


01. Nuur Syafiqah Syuraih Shal Harthono
02. Mohd Qays Nur Syafwan Harthono
03. Ardi
04. Abd.Halim
05.  Irma
06.Yurni
07. Rizman
08. Ubi
09. Mohd Raif Shafwan Bhaka
10. Said Shadan Bhakra
11. Dayangku Fathin Bhakra
12.Harris Chong
13.Fazul Nizam
14. Thien Tat Ham
15. Erien Eriena Mohd Fauzi
16. Nur Izzati
17. Jasrin
18. Puteri Syuhada Bhakra
19. Siti Umairah Bhakra


 Ativiti :

01. Catatan kehadiran

Terlebih dahulu Encik Amir Anuar telah mengambil catatan kehadiran kanak-kanak tersebut untuk tujun rekod kehadiran mereka, seramai 19 kanak-kanak yang hadir antara umur 5 hingga 13 tahun pada hari tersebut  dan ada yang ditemani ibubapa mereka.


02. Pengenalan Sinar Pintar

Kami memperkenalkan KMSP kepada semua kanak-kanak yang hadir kebaikan dan menafaat yang diperolehi serta kumpulan sasar dan peringkat umur menjadi ahli KMSP iaitu dari 4 -18 tahun.
Seorang daripada ibubapa kanak-kanak tersebut berminat menjadi ahli sinar pintar dan telah mengisi borang untuk lima orang anaknya.
Bercerita bergilir-gilir


03. Bercerita bergilir-gilir

Tajuk Cerita :
Kisah Sang Monyet.

Kanak-kanak dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kategori umur, kemudian mereka diminta bercerita secara bergilir-gilir. Setelah itu mentor menyuruh mereka melakonkan watak dan suara binatang yang terdapat dalam cerita tersebut.
Mereka seronok bila melakonkan watak binatang-binatang tersebut.Kemudian mentor meminta mereka mengeja perkataan demi perkataan yang terdapat dalam cerita terebut


04. Membina Perkataan

kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut had
umur umur 5-7
kanak-kanak tersebut diberikan huruf A,kemudian kumpulan mereka akan membina perkataan daripada huruf tersebut seberapa banyak perkataan yang mereka boleh bina dalam masa 7 minit
umur 8-10
kumpulan ini diberikan huruf C, Z kanak-kanak ini diberi masa lima minit untuk membina perkataan daripada huruf tersebut.
umur 11-13
kumpulan ini diberikan huruf konsonan A,E,I O,U untuk membina perkataan seberapa banyak yang boleh, masa diberi 5 minit


05.Kraftangan

Origami ''burung ''

Mentor mengagih-agihkan kertas origami kepada semua kanak-kanak yang hadir ,kemudian mereka melipat kertas origami tersebut mengikut bentuk yang telah diberikan. Setelah itu semua hasil origami yang dibentuk burung tersebut digantungkan sebagai hiasan bilik sesi bercerita .sebelum berakhirnya sesi aktiviti pada hari tersebut semua kanak-kanak menyanyikan lagu Rasa Sayang dan lagu Burung kakak tua.


06.Acara Penangguhan:

Sebelum bersurai kanak-kanak di minta berbaris dan mentor memaklumkan perjumpaan seterusnya akan diberi tahu dan diletakkan di pintu masuk bilik sesi bercerita Perpustakaan Wilayah Sandakan.