Halaman

06 Mac, 2010

Ativiti Kelab Membaca Sinar Pintar(KMSP)


Bercerita bersambung-sambung
Aktiviti : Kedua ( Bulan Feb)
Tarikh   : 20 Feb, 2010
Masa    : 10-12.00 Tgh
Tempat : Bilik Sesi Bercerita Perustakaan Wialayah Sandakan
Mentor : Puan Sharifah Arif
             : Encik Amir Anuar

Kehadiran :


01. Nuur Syafiqah Syuraih Shal Harthono
02. Mohd Qays Nur Syafwan Harthono
03. Ardi
04. Abd.Halim
05.  Irma
06.Yurni
07. Rizman
08. Ubi
09. Mohd Raif Shafwan Bhaka
10. Said Shadan Bhakra
11. Dayangku Fathin Bhakra
12.Harris Chong
13.Fazul Nizam
14. Thien Tat Ham
15. Erien Eriena Mohd Fauzi
16. Nur Izzati
17. Jasrin
18. Puteri Syuhada Bhakra
19. Siti Umairah Bhakra


 Ativiti :

01. Catatan kehadiran

Terlebih dahulu Encik Amir Anuar telah mengambil catatan kehadiran kanak-kanak tersebut untuk tujun rekod kehadiran mereka, seramai 19 kanak-kanak yang hadir antara umur 5 hingga 13 tahun pada hari tersebut  dan ada yang ditemani ibubapa mereka.


02. Pengenalan Sinar Pintar

Kami memperkenalkan KMSP kepada semua kanak-kanak yang hadir kebaikan dan menafaat yang diperolehi serta kumpulan sasar dan peringkat umur menjadi ahli KMSP iaitu dari 4 -18 tahun.
Seorang daripada ibubapa kanak-kanak tersebut berminat menjadi ahli sinar pintar dan telah mengisi borang untuk lima orang anaknya.
Bercerita bergilir-gilir


03. Bercerita bergilir-gilir

Tajuk Cerita :
Kisah Sang Monyet.

Kanak-kanak dibahagikan kepada 2 kumpulan mengikut kategori umur, kemudian mereka diminta bercerita secara bergilir-gilir. Setelah itu mentor menyuruh mereka melakonkan watak dan suara binatang yang terdapat dalam cerita tersebut.
Mereka seronok bila melakonkan watak binatang-binatang tersebut.Kemudian mentor meminta mereka mengeja perkataan demi perkataan yang terdapat dalam cerita terebut


04. Membina Perkataan

kanak-kanak dibahagikan kepada tiga kumpulan mengikut had
umur umur 5-7
kanak-kanak tersebut diberikan huruf A,kemudian kumpulan mereka akan membina perkataan daripada huruf tersebut seberapa banyak perkataan yang mereka boleh bina dalam masa 7 minit
umur 8-10
kumpulan ini diberikan huruf C, Z kanak-kanak ini diberi masa lima minit untuk membina perkataan daripada huruf tersebut.
umur 11-13
kumpulan ini diberikan huruf konsonan A,E,I O,U untuk membina perkataan seberapa banyak yang boleh, masa diberi 5 minit


05.Kraftangan

Origami ''burung ''

Mentor mengagih-agihkan kertas origami kepada semua kanak-kanak yang hadir ,kemudian mereka melipat kertas origami tersebut mengikut bentuk yang telah diberikan. Setelah itu semua hasil origami yang dibentuk burung tersebut digantungkan sebagai hiasan bilik sesi bercerita .sebelum berakhirnya sesi aktiviti pada hari tersebut semua kanak-kanak menyanyikan lagu Rasa Sayang dan lagu Burung kakak tua.


06.Acara Penangguhan:

Sebelum bersurai kanak-kanak di minta berbaris dan mentor memaklumkan perjumpaan seterusnya akan diberi tahu dan diletakkan di pintu masuk bilik sesi bercerita Perpustakaan Wilayah Sandakan.

02 Februari, 2010

Permulaan Bagi Kelab Membaca Sinar Pintar Zon Sandakan..





 Pertemuan Kelab Membaca Sinar Pintar Zon Sandakan telah diadakan di bilik mesyuarat Perpustakaan Wilayah Sandakan.Kelab ini telah dilancarkan dengan rasminya oleh Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada 02 Julai 2008 di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur sempena Pelancaran rasmi Festival Membaca 2008.




 Kelab Membaca Sinar Pintar juga telah melantik beberapa orang yang berminat sebagai Mentor yang akan bertindak sebagai fasilitator kepada ahli-ahlinya.



 Mentor yang dilantik selain daripada kakitangan Perpustakaan Wilayah Sandakan ada juga dari kalangan guru untuk diperingkat awal pengenalan Kelab Membaca Sinar Pintar Zon Sandakan.



Sessi bergambar beramai-ramai diakhir perjumpaan tersebut.

Sinar Pintar Zon Sandakan



JAWATANKUASA PEMANDU  KELAB MEMBACA SINAR PINTAR SABAH

Pengerusi :   Encik Wong Vui Yin
                     Pengarah Perpustakaan Negeri Sabah


Tim.Pengerusi :    Puan Maria Sinti
                             Tim.Pengarah Perkhidmatan


Pengerusi Urusetia :    Puan Esther Vincent Mobilik
                                    Ketua Bhg.Perkhidmatan Pembaca


Setiausaha :    Puan Aine @ Naddia Binti Samin


Ahli-Ahli :        5 Ketua Zon
                       4 Ketua Bahagian ,
                       Ibu Pejabat Perpustakaan Negeri Sabah




JAWATANKUASA KELAB MEMBACA SINAR PINTAR WILAYAH / ZON SANDAKAN

Pengerusi :     Puan Cecilia Chai
                       Ketua Wilayah Sandakan


Tim.Pengerusi :    Puan Leung Mei Yee


Penyelaras :    Puan Sharifah Arif


Mentor :   14 orang


Ahli :     97 Ahli


Mentor :

1. Puan Sharifah Arif


2. Encik Harthono Isnanthomo (sukarelawan)


3. Encik Marof Kasimin  ( sukarelawan)


4. Puan Reynna Mahat  (sukarelawan)


5. Cik Farah (PD Gum-Gum)


6. Puan Khatijah (PD Batu Putih)


7.. Puan Christine Chew


8. Encik Amir Anuar


9. Encik Suamri Omar


10. Cik Paulina Chin


11. Puan Kathrine Kilam


12. Puan Nelly Justin


13. Encik Johar Janur


14. Cik Halimah Haran

31 Januari, 2010

Akiviti Sinar Pintar Zon Sandakan

Membaca cerita tajuk Musang Makan Ayam



Perjumpaan Pertama(Aktiviti Pertama)

Tarikh : 30 Jan 2010 Sabtu

Masa : 9.20 - 11.20 Pagi

Tempat : Perpustakaan Wilayah Sandakan

Mentor : Puan Sharifah Arif
Ahli :
01. Mohd Qayas Nur Syafwan          - 10 tahun
02. Nuur Syafiqah Syuraih Shal         - 07 tahun
03. Siti Wawana Hamsani                  - 12 tahun
04. Siti Hajirah Hamsani                     - 09 tahun
05. Siti Amira Hamsani                       -10 tahun
06. Moha Affendie Amat                   -14 tahun
07. Mohd Saidyle Mohd Said            -14 tahun
08. Azmi Abdul Sali                          -14 tahun
09. Rasiman Roslan                          -12 tahun
10. Atika Mohammad                        -12 tahun
11. Ursula Maria Ningsi                     -12 tahun
12. Hew Yee Harn                           -10 tahun





TEMA : JOM MEMBCA

AKTIVITI:

1. Pengenalan Sinar Pintar
2. Suaikenal antara Mentor dengan Ahli
3. Membaca Bersambung-sambung
  
Tajuk cerita : Pinggang kerengga Ramping
                      : Musang Makan Ayam


4. Melukis  Logo Kelab Membaca Sinar Pintar
5. Menyanyi
6. Hidangan makanan ringan
7. Acara Penangguhan.




01. Pengenalan Sinar Pintar kepada semua Ahli, kebaikan dan menafaat yang diperolehi, kumpulan sasar dan peringkat umur Ahli dari 4 -18 tahun, Objektif Kelab Membaca Sinar Pintar  untuk  jangka panjang.


02.Mentor memperkenalkan diri kepada ahli-ahli Sinar Pintar dan merekodkan butir-butir  penting seperti no.telepon,nama sebagai rujukan ahli. kemudian semua Ahli Sinar Pintar perkenalkan diri masing-masing kepada semua yang hadir.Catatan kehadiran telah diambil untuk rekod.
Seterusnya semua Ahli di minta menceritakan buku-buku yang pernah di baca oleh mereka. Mentor bertanya apakah jenis cerita yang telah mereka baca adakah unsur  ganas,lucu ,sedih dan moral cerita tersebut.Seorang demi seorang menceritakan  pengalaman meraka semasa membaca buku.


03. Mentor menagih-agihkan buku cerita berkenaan asal usul binatang:
      Tajuk Cerita : Pinggang Kerengga Ramping
                          : Muasang Makan Ayam

Ahli di minta membaca cerita bersambung-sambung,setelah itu ahli  melakonkan watak dan suara binatang  yang terdapat dalam cerita tersebut.


04. Ahli-ahli diminta melukis Logo Sinar Pintar.


05. Ahli dan Mentor menyanyi bersama-sama.


06. Hidangan makanan ringan untuk ahli-ahli


07. Acara Penangguhan
Tarikh dan tempat perjumpaan kedua akan diberitahu kelak.
     


Foto Aktiviti :



Melukis Logo Sinar Pintar


Membaca Bersambung-sambung tajuk cerita Pinggang Kerangga Ramping.